Support!
Apa Yang Menjadikan Kita Sebuah Negara? | Bahasa Kita
Pertandinggan video yang bertemakan #ApaYangMenjadikanKitaSebuahNegara atau #WhatMakesUsANation anjuran MK Land Holdings Berhad.
Bagi Annur, BAHASA MELAYU, Bahasa Kebangsaan kita lah yang menjadikan kita sebuah negara.
Secara kolektif, kita semua bangsa Malaysia disatukan di bawah satu bahasa.
Biarpun kita bertutur dalam dialek yang berbeza-beza (tonton video : Loghat Perak, Dialek Utara, Dialek Terengganu) , namunapa yang paling penting adalah kita masih tetap menuturkan SATU BAHASA.
Justeru, marilah bersama-sama kita memartabatkan bahasa Kebangsaan kita kerana dengan bahasa, kita boleh mengukuhkan jati diri dan terus BERBANGGA dengan bahasa kita; biar apa pun orang kata.